Aksi Pramugari Hot Yang Mengejutkan Dalam Pesawat



Eddie Putera merupakan seorang jurugambar yang terkenal di kalangan insan-insan yang berada di lapangannya. Beliau sering berkongsi pengalamannya ketika melancong ke mana-mana lokasi pengambaran yang beliau singgah.




Eddie, yang juga suami kepada Nurfarahin Jamsari telah berkongsikan satu adegan yang amat istimewa baginya ketika menaiki sebuah pesawat (tidak pula dimaklumkan pesawat jenis apa…).
Menurut beliau, ketika berada di dalam pesawat, beliau sering duduk di bahagian belakang sekali, kononnya dengan harapan dapat mengorat pramugari yang berlegar di situ.


Namun, insiden kali ini amat istimewa sekali baginya. Pramugari yang disangkakan mahu ke bahagian belakang, disangkakan untuk mengambil pesanan rupa-rupanya mahu solat. Beliau yang begitu terharu dengan situasi berkenaan telah berkongsinya di laman FB beliau.

Sumber : TerengganuToday

**Alhamdulillah..Semoga yg lain pun mempunyai sikap yg sama..
Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia Jawatan Kosong MOE 30 Oktober 2016

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia Jawatan Kosong MOE 30 Oktober 2016



Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) mencari calon-calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan MOE terkini 2016.

Warganegara Malaysia yang berminat bekerja di Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) dan berkelayakan dipelawa untuk memohon sekarang juga.

Jawatan Kosong  MOE Terkini Oktober 2016
1. PENOLONG PENGARAH DG41/DG44 (KUP)

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Oktober 2016
Sektor : Kerajaan
Lokasi : Putrajaya
Alamat :
Pengarah
Bahagian Matrikulasi,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6-7, Blok E15, Parcel E,
Kompleks Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA

Untuk pertanyaan lanjut:
Pn. Norazlin binti Mokhli - 03 8884 4063
Pn. Nor Sapura binti Ahmad - 03 8884 4008

Sumber iklan rasmi jawatan kosong dan permohonan secara online sila layari laman web peluang Kerajaan  Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) disini.



Jawatan Kosong
Jawatan Kosong

Senarai artis untuk Gegar Vaganza 3




Barisan artis Gegar Vaganza 3
 
      Pada peminat dan penonton setia rancangan Gegar Vaganza tentu cukup teruja untuk mengetahui senarai artis yang terlibat dalam GV 3 ni. Lebih-lebih lagi untuk menonton keletah pasangan pengacara duo yang sangat mencuit hati iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Jika pada musim  yang lepas menyaksikan Siti Nurdiana menjadi juara GV2, siapa agaknya yang akan memegang gelaran juara GV3 untuk musim ini kan. Jom kita tengok senarai di bawah di mana telah diumumkan secara rasmi pada 5 Oktober lepas.

Berikut senarai peserta Gegar Vaganza 3 : –
  1. Ameng Spring
  2. G-Mee Screen
  3. Razis Ismail
  4. Rem
  5. Shidee Data
  6. Zarul Umbrella
  7. Azharina
  8. Elly Mazlein
  9. Intan Sarafina
  10. Nora
  11. Siti Sarah
  12. Zur Eda
Hurmm, nama-nama yang dipertandingkan memang hebat-hebat belaka. Mungkin kali ini saingannya agak sengit. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Gegar Vaganza 3 episod 1 yang  bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di saluran Astro Ria dan Ria HD pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 16 Oktober ini.

Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - 24 OKTOBER 2016




   Pada sesiapa yang masih lagi mencari peluang pekerjaan tu boleh la memohon untuk jawatan kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ni. Mungkin rezeki anda, yang penting kita kena cuba dan usaha dulu k. Jawatan ni dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Terdapat dua jawatan kosong yang dibuka ketika ini iaitu :-

1. ENGINEER/MANAGER (MECHANICAL/ELECTRICAL)
2.TUKANG K2

Sesiapa yang berminat boleh bawa resume,salinan sijil-sijil yang berkaitan dan hantar permohonan anda ke:

General Manager
Human Capital
Keretapi Tanah Melayu Behad,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50621 Kuala Lumpur
Tel : 03-22631131/22631433


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Oktober 2016. Jadi jangan lepaskan peluang.






Cara kuruskan badan dengan mudah

   


     Ramai di kalangan kita terutamanya wanita memikirkan masalah berat badan. Ramai juga yang ingin mengambil jalan mudah untuk kurus. Ada juga sesetengahnya tak suka bersenam, ada juga yang tak ingin berpantang dalam makan tapi masih ingin kurus.

Mesti ramai yang tertanya-tanya ada tak jalan mudah nak kurus ni ------->>>>

Nah saya bagi pilihan senaman untuk anda lakukan setiap hari. Nak kurus,mestila tiada jalan mudah. Selalunya jalan mudah ni, tak berapa selamat terutamanya makan pil-pil untuk kurus. Sebab admin sendiri dah pernah cuba,memang turun. Tapi bila kita berhenti berat badan kita akan naik dua kali ganda.

Jadi, kena cekalkan hati dan azam kena kuat. Gemuk bukan sehari, begitu juga nak kurus bukan boleh dilakukan dalam sehari. Dah bersenam tu, makan jangan lupa jaga okay. Selamat bersenam.

Pilihan senaman ni saya dapat dari www.blogilates.com.. Untuk cara senaman yang lain boleh layari web dia.

Untuk kecilkan lengan


Untuk kecilkan peha

Untuk kempiskan perut





Resepi Kek Coklat Cheese Tanpa Bakar



Resepi Kek Coklat Cheese Tanpa Bakar
Bahan-Bahan:
Base –
250g biskut digestive (biskut biasa pun boleh)
2 tsp serbuk koko
150g mentega ( cairkan)
Filling –
1 tbs gelatin – pastikan halal (saya pakai jenama Nona)
1/2 cawan air panas
250 g cream cheese
3/4 gula kastor
1 lemon (perahkan)
300ml whipping cream (pukul sampai soft peaks)
175g dark chocolate (cairkan guna double boiling)
Hiasan –
Chocolate Ganache – 200g dark chocolate dicairkan (guna kaedah double boiler dan campurkan dengan sedikit susu segar)
Sedikit walnut
Sedikit kepingan badam
Cara Membuat:
1. Base; Pecahkan-pecahkan biskut sampai halus atau guna food processor dan kisar, tambahkan serbuk koko dan gaulkan.
2. Tambahkan mentega yang telah dicairkan dan gaul rata. Tekan adunan ke dalam loyang 9 1/2 inci springform dan sejukkan ke dalam peti sejuk sehingga filling siap.
3. Filling; Sebatikan gelatin bersama dengan air panas. Ketepikan. Pukul cream cheese dan gula sehingga lembut dan berkilat, kemudian tambahkan jus lemon.
4. Kemudian masukkan whipped cream dan guna kaedah kuak kaup dan kacau sehingga sebati. Masukkan sebatian gelatin tadi.
5. Akhit sekali, masukkan dark chocolate yang telah dicairkan dan guna whisk untuk kacau hingga sebati.
6. Masukkan filling ke dalam loyang berbase biskut tadi dan rehatkan dalam peti ais selama satu malam.
9. Bila hendak dihidangkan, hiaskan kek dengan chocolate ganache dan taburkan kekacang yang disukai.

Kredit : resepibonda