Senarai artis untuk Gegar Vaganza 3




Barisan artis Gegar Vaganza 3
 
      Pada peminat dan penonton setia rancangan Gegar Vaganza tentu cukup teruja untuk mengetahui senarai artis yang terlibat dalam GV 3 ni. Lebih-lebih lagi untuk menonton keletah pasangan pengacara duo yang sangat mencuit hati iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Jika pada musim  yang lepas menyaksikan Siti Nurdiana menjadi juara GV2, siapa agaknya yang akan memegang gelaran juara GV3 untuk musim ini kan. Jom kita tengok senarai di bawah di mana telah diumumkan secara rasmi pada 5 Oktober lepas.

Berikut senarai peserta Gegar Vaganza 3 : –
  1. Ameng Spring
  2. G-Mee Screen
  3. Razis Ismail
  4. Rem
  5. Shidee Data
  6. Zarul Umbrella
  7. Azharina
  8. Elly Mazlein
  9. Intan Sarafina
  10. Nora
  11. Siti Sarah
  12. Zur Eda
Hurmm, nama-nama yang dipertandingkan memang hebat-hebat belaka. Mungkin kali ini saingannya agak sengit. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Gegar Vaganza 3 episod 1 yang  bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di saluran Astro Ria dan Ria HD pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 16 Oktober ini.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »